menarik nih!jom klik...!

Tuesday, 1 December 2015

life is suck

Selamat pagi!
Masak apa arini uols? Bedah kat ofis macam biasa,xda keje..hahaha...busy mencari skop or lubang-lubang kerja lain yang lebih baik & efisieeeennn giiteuuh..

Ok, recently Bedah pergi makan kenduri dekat kampung.. As usual, jumpa la sedara mara baik dan buruk all over the kampunglahh..So, macam biasa Bedah duk diam dan senyap macam patung, membontot je la Cikbadah..

Ceritanyer ialah Bedah pegi makan kenduri..Macam biasa kenduri buat besar-besaran, kampung sebelah sini, sebelah sana, sebelah pagar, sebelah Gunung Kerian pun dijemputnya..Bila dah habis makan,barula tau kata anak dara kahwin dengan suami orang..OK!Ni bukan sebab betul or salah tindakan untuk kahwin dengan suami orang atau sanggup jadi madu.Tu bukan topiknya yer..

Apa yang Bedah nak kongsi ialah kekesalan Bedah dengan sikap kita sebagai MANUSIA apabila sering menyebut tentang buruk manusia yang lain sedangkan BURUK SENDIRI terus tak nampak..
Bedah kesal bila orang mengata yang buruk walhal masing-masing tak tahu tentang cerita sebenar KENAPA,MENGAPA,DIMANA,BAGAIMANA,SIAPA yang sampai terjadinya pasangan tu ambil keputusan sanggup berpoligami.

Contoh macam hal ni, bilamana makcik-makcik semua duk bercakap "beraninya lelaki tu buat kenduri besar-besar, canang satu kampung yang dia kawen dua..Amboi,,,beraninya perempuan tu ambil laki orang,apa perasaan isteri tua,duk menggatai nak menikah lain sedangkan dah ada anak bini.."

Bedah sendiri sedih dengan sang isteri yang diperlakukan sebegitu...Bila sang arjuna mudah untuk akad nikah kesekian kalinya sedangkan sepuluh, dua puluh tahun lalu kata nak sehidup semati...
Oppss!Bedah tak kata Bedah support lelaki untuk kahwin 2,3,4 or salahkan lelaki untuk berpoligami..Bedah sendiri tak setuju perempuan lain rampas suami orang..Tetapi kita sebagai manusia, kena balik pada Qada dan Qadar ALLAH..Jika sang lelaki itu mampu dari segala aspek,teruskan dan penting untuk mendapat keizinan sang isteri...

Paling Bedah sedih bila kita yang duk mengumpat ni tak cukup sedar kita sendiri ada anak perempuan yang belum berkahwin...Aduh...apalah nasib anak perempuan sendiri pun masih belum tahu...Segalanya ALLAH yang tentukan walaupun kita dah rancang bertahun-tahun..betul tak? Kalaulah ALLAH tentukan yang anak kita pula di tempat pengantin tu macam mana? 

Bedah menulis sambil beristighfar sebab Bedah jadi takut dengan keadaan sekeliling...Sebab itu, para ulama selalu berpesan yang kaum hawa lebih banyak mendiami Neraka kerana kezaliman mulut sendiri...Hanya kerana umpatan dan kata-kata yang kita sebut tu, buatkan kita tergolong dalam ahli Neraka..Bayangkan kita bercakap buruk tentang seseorang dan esoknya orang tu mati, macam mana kita nak minta maaf dengan si mati???Nauzubillah...Astaghfirullah...

So,kesayangan Bedah...,jomla kita audit diri sendiri..Tengok balik diri sendiri dimana kurangnya kita, dimana hinanya kita di mata ALLAH..cuba kita renung balik kesilapan diri..Yes,Bedah sendiri masih ada banyak khilaf yang tak tertanggung..Cuba muhasabah diri tiap-tiap hari..

Oklah,nak pegi lunch!

XOXO

1 comment:

Ija Rased said...

bertabahlah wahai adikku