menarik nih!jom klik...!

Monday 24 June 2013

lelaki VS wanita

pepetang cenggini, entry Bedah agak menusuk qalbu sket pada sang arjuna. Maaf bukan da niat apa2 cuma cam biasa, ni la tempat Bedah luahkan rasa ekk..so, arjuna yang ensem, macho 2 if uols baca entry ni, jgn plak banned trus blog Bedah Gebu nih. Ia hanyalah luahan perasaan dan tiada niat nak menjatuhkan maruah uolss yang teruna. Kami masih perlukan sang arjuna di dalam hati kami..wahhhhh!!!ayattttt!!pengsan 2 saat..! = p

Bedah faham satu saja tentang lelaki iaitu mudah! Dalam erti kata lain, lelaki mudah untuk melakukan segalanya. Pada lelaki, semua yang dilakukan akan jadi lebih mudah dan cepat serta pantas kalau insan yang bernama LELAKI yang buat. Eh? helloo...!!!! kang kalau aku kata lelebih, sentapppp sampai ke pankreas pulak.. tapi kadangkala, tak salah kalau kita menerima teguran & nasihat dari insan yang berlawanan jantinanya... tak gitteuww! cewahh..!!

hahaaa... Bedah ni nak kata sedih, ada juga.. Sentap? selalu...Meluat?? apatah lagi dengan sikap lelaki yang langsung tak pedulikan perasaan wanita. Bedah tabik spring pada lelaki yang mampu memahami kehendak dan naluri wanita, pd lelaki TULEN seyhja ok..! yang separuh-separuh tu, Bedah mengerti apa uuollss rasa..hikhikhik...! kita kan sekapal dik non!!

Kalau bercakap, cubalah fikir dulu dan jangan terus menonong je cakap macam tak ada filter kat mulut tuh! Bukannya uuooollss wat show Monolog...!! Bila dah da pasangan, mesti jalan cerita tu jadi Sandiwara pastu Monodrama. Lepas kahwin, jadi Teater Moden! Ada anak pulak, jadi cerita Teater Kanak-Kanak..sesuai sangat sebab cerita mestilah bawah 18 SX sebab ada nak kecik la katakan... Lepas satu fasa, barulaaaahhh timbul pula Teater Eksperimen... banyak konsep & bentuk persembahan dalam hubungan tuh..! hah! amik kau....Bedah bagi istilah dan jalan cerita dunia teater. Nampak tak berapa handalnya Bedah mengaplikasikan segala ilmu di dalam entry nih..heuw....! 


Bedah ambil contoh cerita cinta bersiri Bedah nih..hahaha......I pun bukannya baik sangat sebab Terkadang tu TERbabas ayat bila bercakap dgn pasangan tapiiiiiii.... dah tau diri tu salah, sedaya upaya Bedah buat untuk mohon maaf, sebab Bedah pegang prinsip disiplin teater SEDAR RUANG & PASANGAN LAKON ANDA. Uuuollls jangan pikir dalam dunia pentas saja berlakon, kita SEMUA ini adalah PELAKON dalam alam realiti hidup kita.... Uuuollss sebenarnya yang menjadi Penulis, Pengarah & Pelakon Pentas hidup sendiri..! Fikir,fikir,fikir dan fikir dulu sebelum nak bercakap sebab bila dah cakap tak boleh nak patah balik.. bukannya macam naik kolek/sampan, bleh nak patah balik ke darat tuh..! Bila kita bercakap dan mengguris perasaan org, tak ke kita dah menambah dosa dgn hambaNya yang lain. Susah yer uuolls kalau kita buat salah dgn manusia dan tak minta maaf dgn org tu, buat naya dia meninggal sebelum dia sempat maafkan kita, mcm mana??? ?Dgn sapa lagi kita nak minta maaf?? kann???

Perempuan bukannya minta emas permata dari lelaki.. (kalau nak bagi,we ollss xda hal) kikikii..but that is not the main point darling... Perempuan/Wanita/Dara/Mak Janda/Ibu/Isteri/Umi/Mummy atau apa saja gelaran yang diberikan lelaki kepada we olllsss, kami hanya nakkan perhatian. Perhatian, kasih sayang akan SELALUNYA membahagiakan pasangan uuollss.. kalau ada muka ala2 Remy Ishak ke Tom Cruis ke Robert Pattison pun, kalau xda adab sopan & hormat we ollss yang gorgesss ni, xguna juga tau..!! 

Meh kita ambil contoh kes ni... Kenapa anak melayu kita sukakan lelaki omputeh or black guy..???sebab LAYANAN yang diberikan.... Nope!!bukan sex!! tapi penghormatan yang diberikan sangat-sangat menggunung kepada wanita.... Bukanlah lelaki melayu ni tak handsome, tak masyuk, tak hot or apa2 jer lah kan tapi uuollss LEMAH dari segi yang Bedah asyik ulang dari tadi...LAYANAN....!! Bukannya semua tak bagus tapi SEGELINTIRNYA sahaja.... tak perlu selalu bawak pergi restoran berpusing kat menara kl tu kalau gaji uuolls xseberapa, perempuan tak mintak pun beli beg GUCCI selang dua bulan walaupun uuollss mampu, tak payah beli eskrem Baskin Robbins tiap-tiap kali keluar tgk wayang, dpt makan eskrem McD pun dah ok sebenarnyaaaa!! 2 pun senyum cam kambing dah ha...

Perempuan akan rasa dihargai dgn cara antaranya uuolls bukakan pintu bila masuk kereta, dahulukan dia bila berjalan, tanya pendapat dia, pegang tangannya, belai rambutnya..pandang dia dgn sejujurnya...bercakap elok dgnnya, bukannya dgn guna intonasi yang ganas konon2 cm abg badan ketak2 tuh..!hey uuollss,abg body builder 2 pun suara dia lentok bila ckp dgn isteri diorg tau..! tu je we oolsss minta..! senang kan..??mudah pun sebenarnya...tak payah bayor pun nak wat semua tu... 

Kalau uuolls lebih dari berkemampuan, belilah apa je yang uuolls nak beli pd pasangan.. Maybe terdetik di hati nak beli handbag,ha.. kalau mampu, beli la..kalau tak, bawak je dia gi pasar malam tiap-tiap hari Sabtu. apa susah kan? kadang-kadang tu kalau keluar dating, tanya la dia nak tgk movie apa pulak..bukannya tiap-tiap kali keluar, layan movie pilihan uuollss je..! baik uuols keluar sendiri, xpayah berteman! paham...?! hormati keputusannya.... kalau uuolls rasa xbetul atau uuolls nampak akan da kelemahan/perkara yang buruk akan berlaku kerana tindakan pasangan uuolls, terangkan pada dia sebaiknya, seikhlas mungkin...tak perlu menjatuhkan semangatnya..We oolss paham lah! bukannya we olss ni lahir zaman Firaun dulu sampai tak paham apa satu pun.. Terangkan consequences yang akan menimpa we olss yang lemah lagi tak bermaya nih (huhuuu...), mesti we olls paham.. If si dia ada kesungguhan nak buat sesuatu contohnya nak start business ke, jangan perlekehkan dia....suntikkan semangat pd dia...! bagi kata-kata peransang walaupun sebenarnya lepas 3 bulan, si dia dah stop wat biz tuh sebab boring katanya...huhhuuuu....... kalau da gak yang tak paham tu, babap je...!!kikikikiii....


Wanita ni penuh dengan kelemahan & kekurangan sama juga lelaki.. Sebab tulah Allah jadikan hambaNya berpasangan dan sang teruna sebagai pembimbing & khalifah... sebab mula-mula lagi Allah dah tahu yang hambaNya bernama perempuan ini daif lagi pendek akalnya... Janganlah si lelaki bersikap mengalahkan perempuan. Sebab itulah perempuan lebih senang melakukan banyak hal sendiri berbanding meminta pertolongan lelaki sebab rimas bila sering dipandang rendah.... Jangan begitu.... Cubalah menerima pasangan sebaik mungkin... Kalau yer pasangan anda bodoh tentang agama, bimbinglah dia.. Kalau yer dia bangang, (maaf, sedikit kasar) pandaikanlah dia... Tapi bukan dengan menggunakan kekerasan... Ingat tu yer sang tebuan! eh??silap!! TERUNA....heheheheeee...




dah la, Bedah nak prepare untuk berbuka... bye uuolss..!!
to bambam, thank you so much cause still with me...Insha Allah....



yang buruk semuanya datang dari kelemahan Bedah, yang baik semuanya datang dari ALLAH...



XOXO~~~~~

puasa!!puasaaa!!

salam uuooollss..
how are you..?hope semuanya ok la yer...Bedah nak ingatkan uuolls pasal kesihatan.please jaga kesihatan uuolls, elakkan dari aktiviti di luar rumah sebab IPU di kawasan Semenanjung selepas Johor pun dah teruk hokeh. uuolls juga kena banyakkan minum air. Bedah ni tak lekang dah dengan air suam dan every day mesti minum 5 liter air sebab tekak rasa gatal-gatal dan perit. Ishk! tak suka..!

So,semalam Nisfu Syaaban. Bedah terkesima tengok seri Bulan semalam hinggakan keluar la entry menyayat hati giteuw..kikikii...layan feel katanya. Memang asyik sungguh Bedah tengok Bulan semalam sampaikan tak sedar airmataku jatuh berlinangan...huhuu..tragis! teringat segala memori silam cam flashback dalam filem cenggitu.

dalam pukul 4.50am, Bedah bangun and sahur..Haa! nampak tak kegigihan nak practise sahur before puasa..! so,apa menu kita pagi ni yer,..? ROTI+Jem Strawberi+milo panas!

kerlassss Bedah..! makan sahur 2 je tau..(agak2 la aku nak hadap McDonald subuh hening cenggini kan..)
cukup untuk mengalas perut..nak amik berkat bersahur je.alhamdulillah..seronok sangat berpuasa. tetiba Bedah teringat ayat seorang guru Bedah..

' selalu la puasa hari Isnin, ia mengajar kita erti sabar,tawakal,tawaduk dan kita akan jadi bertambah kuat...' - Cikgu Mazlan Tahir

So, apa lagi nak buat siang hari ni selain berblog la kan..? Alhamdulillah, rezeki pula arini bila dapat imbuhan dari Nuffnang!! Love u Nuffnang!! hahaa...baru berape hengget je dah menggelabah kan..! bukan menggelabah la uuolls, excited sebab before this, Bedah dengar cerita je dari blogger lain.. Bila Bedah xdapat dulu, mcm geram pun ada. Tapi sekarang, rezeki Bedah pula..2 pun lepas aku paksa semua org dekat aku klik iklan tu..kahkahkahkahhhhh!! alkisahnyaaaaa.......

Bukan nak mengaut keuntungan, cuma dgn cara ni antaranya laahh dapat bantu Bedah untuk cari rezeki sendiri. Bedah ada tanggungan Bedah sendiri. Sekarang bukan masa untuk Bedah harapkan bonda di kampung lagi dah. Bedah kena mengorak langkah yang tak berapa besar ni sebab kaki pendek!kikikiii...
tapi ku gagahi jua...!



Menu Berbuka hari ni...??????? uurmmm.... No Idea..! kita share malam nanti ok..!


XOXO~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 23 June 2013

....kalau la aku tak ada...





 ''kan bagus kalau aku tak dilahirkan...
sebab selama aku hidup aku selalu sangat menyusahkan orang..
aku tak pernah menyenangkan hati & perasaan sesiapa..
sungguh,
hati aku sangat hiba..

kalau diberi pilihan,
memang aku akan pilih tidak dilahirkan...
sumpah aku tak mahu & tak ingin..


kalau aku tiada pilihan dan mesti hidup di alam ini,
aku pilih BULAN..
ya bulan!
kerna aku tahu,
disana tiada siapa yang akan aku susahkan..
tiada siapa yang aku akan titiskan airmatanya..
tiada siapa yang perlu bertemu dengan aku..


aku mahu ke BULAN..
aku sebak bila melihat bulan detik ini...
sumpah aku sebak!
kerna hatiku merintih hiba terkenangkan nasib aku disini...
aku mahu tinggalkan segala yang ada disini 
kerna aku tidak betah berada disamping kalian...

mahu saja aku terbang..
terbang sepuasnya..
mahu merasai tiadanya pemisah antara aku dan bulan...
sungguh perit aku rasa berhadapan semua ini...
rasa hiba+resah+perit+sedih!!!
semuanya mahu saja aku tinggalkan di LONGKANG!!!


Bulan,
mengapa kau jauh,...??
mengapa kau cantik..??
aku seumpama kau..
orang melihat 'cantiknya' dari kejauhan...
tapi,
dalamnya...?
oh tuhan,
aku mahu ke sana...
mahu saja aku melintasi langitMu...
mahu saja aku buat semua itu...



TUHAN..
mengapa...???????
mengapa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''



9:18 malam-23/6/2013-ahad....

malam nisfu Syaaban....
='(





XOXO~~~~~~~~~~

Saturday 22 June 2013

MAMAK oh MaMak!!!


mahal!boikot!tapi....

hari ni Bedah lapar sgt. Lepas practise, terus menonton PeTA terbaik 2013 diploma Nyanyian Maut. Otw nak balik, Bedah kata la kat bambam yg Bedah nak makan sbab lapar...dia kata 'nak makan apa..?' opkos la Bedah ni bukan jenis memilih. Bagi kayu dgn batu pd Bedah pun bleh aku jadikan sup!haha.

ok, back to our story. Puas memikir kat mana nak melantak, akhirnya kedai mamak dkt dgn umah jugak jadi pilihan..senang & dekat! Bedah order nasi goreng cendawan & bambam nak makan nasi goreng kampung. Air pula teh o ais & teh ais....

tunggu punya tunggu punya tunggu, taraaa!















Datanglah hidangan we oolss..apa lagi tunggu, ngap la dgn lahapnya! Habis je Bedah melantak nasi grg 2 dgn very the x senonoh, panggil la mamak 2 utk kira..


awalnya dia kira nasi grg Bedah tu RM5.50, tetiba member dia ckp nasi grg Bedah 2 rege nya RM6.00!!! terus je darah Bedah ni naik dgn mendadak. Darahku dipam laju giteuww, mata n telinga dh merah & berasap macam naga yg nak telan org 2...!nyaring je sore Bedah ni tanya,

'APA PASAL TADI RM5.50, SEKARANG SUDAH RM6??' ...

dengan selamba tahap cipanzi, mamak 2 jawab 

'sudah silap kira. u punya nasi goreng chendawan,
enam rengget!'.. 

Bedah xpuas hati, tanya lagi!

 'APA PASAL JADI RM6??'

terus je bambam aku ni menyampuk:

 'kan dia dah kata tadi harga nasi grg 2 RM6'

mamak : 

'semua sekali ENAM BELAS RINGGIT EMPAT PULOH SEN!!!!'

RM 16.40


hoiiii!!!!!!!!!!!! 

aku makan nasi goreng cendawan+teh ais, bambam pulak nasi goreng kampung+teh o ais, 
ko kira semuanya RM16.40??!!! cisssss!menyirapppp je darah aku dibuatnya!

MAHAL!! 

2 je Bedah boleh kata...memang pokai la laki aku tu kalau tiap2 hari makan di kedai mamak! Sengal punya mamak tapi bila dipikirkan balik....ini Key El..Memang kemana pun harganya mahal..Bedah semput pulak memikirkan standard harga di kedai mamak, memang menyakitkan hati..! dah la dikenakan tax pada customer...! apa punya turrrrr...bak kata org penang..!huhu.

kalau dipikirkan secara waras, takkan la nasi goreng yg ntah apa-apa 2 regenya sampai RM6? Kalau di cafe/coffee house, restaurant Bedah consider ok tapi ni kat kedai mamak je pun..hanya semata-mata wifi FREE tapi kalau guna plug dicaj RM2 sejam pulak tapi alih-alih ais kosong pun 60 SEN, apa cikadak namanya 2..?


Bukanlah Bedah nak menuding jari dan mencari salah mana-mana pihak atau bercakap menggunakan perasaan semata tapi pemikiran rasional menjentik hati untuk berhujah dari sudut pandangan seorang pengguna... Dimana hak seorang pengguna dan pembeli? Memang pengguna boleh memilih apa saja yang dia minat/suka utk dibeli tetapi kadangkala kita sebagai pengguna belum tentu mempunyai pilihan lain. Pengguna juga bukannya datang dari golongan yang sama dan serupa, darjat yang berbeza serta mempunyai kedudukan ekonomi yang juga berlainan. Mungkin ada di kalangan kita mengatakan, 'dah kalau tak mampu atau xda duit tu, tak payah lah makan dekat kedai. Masak je maggi, habis cerita!' Memang betul tapi adakah anda (yang kononnya mampu tu) pikir tentang faktor kesihatan pula? Bedah faham akan segala keperluan harian kini semakin meningkat sampaikan TUALA WANITA yang WAJIB dibeli tiap2 bulan pun regenya sepek sampai 12 hengget...! (NO CHOICE) dek kerana kemampuan 'rakyat Malaysia' yang makin hari makin 'kaya'!
cuma sering kali otak ini ligat berfikir, macam mana la org lain yang kerjanya hanyalah sebagai buruh binaan hidup mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian terutama di bandar metropolitan yang penuh Lumpur ni...? sampaikan ada yang sanggup menjual tubuh demi mencari sesuap nasi...??? hurm....Bedah biarkan pd uuuooolsss menilai dan pikir perkara nih....


 opssss!! no picture pleaseeeee.....!


walau mahal tapi kedai mamak masih menjadi pujaan hatiku! kata rakyat MALAYSIA....!





BERINGAT SEBELUM KENA....
JAGA-JAGA, ADA YANG MEMERHATI....
KATA KIAH PROPA...HAHAHAAAA...MEMANG PROPA....!



XOXO~~~~~~

Thursday 20 June 2013

panas sampai tak boleh tidur gara-gara.....




waahhhhhhh!!panas malam nih! Bedah memang xboleh tidur malam ni..jenuh dipusing ke kiri pastu ke kanan ,memang tak mau lelap jugak!
bukan sebab lapar tapi PANAS.....! bila badan dah panas, mula la hati pulak nak panas,...aiyooo...dah la esok da macam2 perkara nak buat..bila xboleh tidur,mula rasa xsenang hati..
jadi,pukul 4 PAGI ni Bedah dah xtahan,Bedah pun ke toilet dan BERSIRAM!bila keluar je dari bilik, Bedah bleh bau macam asap..eh?da yg terbakor ke pepagi nih?haissshhh...minta simpang...mau aku lari berkemban pepagi buta ni kang..terkezut nanti neighbourhoooooooood i..hahaaa...

bila diamati bak CSI giteuw,baru Bedah perasan yg bau asap ni ialah bau JEREBUUUUUU! 
oh no...! i hate jerebu..!!
pada yg pikir kononnya jerebu tu adalah kabus,salah yer anak murid..!
meh sini kita baca sikit info tentang jerebu yg Bedah ambil dari Portal Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia...maceh!

Apakah Jerebu?




Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu
Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.
Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang 
singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Jerebu, Kabus atau Kabut?
Jerebu sering disalah anggap dengan kabus atau kabut. Pada awal pagi atau selepas turunnya hujan apabila suhu rendah dan kelembapan tinggi, kabus dan kadangkala kabut terbentuk di kawasan lembah dan tanah rendah. Ianya akan hilang perlahan-lahan setelah matahari naik. Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.
Adakah Jerebu Merbahaya?
Jerebu yang berasal daripada sumber semula jadi seperti garam laut dan debu tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif. Semasa episod jerebu, orang awam digesa supaya mengikut arahan / nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Bagaimana Kita Boleh Kurangkan Kejadian Jerebu?
Pertama, hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini. Peningkatan kenderaan bermotor juga merupakan sumber utama zarahan jerebu di bandar. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya. Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah, malah merupakan juga sumber zarah terampai di atmosfera. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai 
peranan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan generasi akan datang.



Apakah Peranan Kerajaan?
Dua agensi pusat yang terlibat secara terus dengan hal-hal berkaitan jerebu ialah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). JMM memonitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca disamping beberapa parameter yang berkaitan dengan kualiti udara ambien. Salah satu parameter yang diukur ialah kepekatan jumlah zarah terampai yang berkaitan secara langsung dengan keamatan jerebu. Parameter cuaca lain seperti ketampakan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin merupakan petunjuk penting dalam memahami fenomena jerebu dan meramal kejadian dan kehilangannya. Aktiviti pemonitoran dan penyelidikan yang dijalankan oleh JMM merupakan sebahagian daripada usaha negara dalam mengawal dan mengurangkan jerebu.
Pencerapan jumlah zarah terampai
Kerjasama rapat dikalangan semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta media massa amat diperlukan semasa episod jerebu bagi memastikan semua data yang diperlukan dalam membuat keputusan diperolehi dan sebarang nasihat dapat disebarkan dengan cepat kepada orang awam. Diperingkat serantau, ASEAN telah memulakan Pelan Kerjasama ASEAN Pengurusan Pencemaran Rentas Sempadan untuk menangani isu-isu seperti jerebu rentas sempadan.
        
VS      




mana satu pilihan uuoollss....?????






XOXO~~~~~~~~






buat projek aje kejanya...!!




haaa.....!!!!apa la semuanya pikir mende xbaik ni...???issshhkkk...!nakal la uuolss ni..!hehehe...tahun ulor ni memang Bedah xnafikan banyak2 memberi rezeki & peluang CHARMA yg luas giteuww pd Bedah..syukur pd Allah..memang xmenang tgn sebab tgn Bedah da 2 je uuolss..lain la robot kan..!haha..
seronok sgt dpt berkenalan,belajar,bekerja dalam skop yg pelbagai dan ditambah plak dgn pe'el dan kejadah manusia dalam dunia ni yg ntah apa2 kan...!!huihhh!!keluar peluh jantan Bedah ni ha bila bekerja...!!
Bedah xtau apa attitude Bedah bila kerja tapi da juga kadang2 attitude yg xbest n xbagus 2 terkeluar n terjadi juga..Bedah sedaya upaya cuba avoid utk mengulangi kesilapan lama 2 uuollss...cewaahhh!giteuw.!
sejujurnya,Bedah seronok bekerja..walaupun penat n letih tapi Bedah enjoy dgn apa yg Bedah wat...


tapi paling Bedah enjoy mengajar!!!Bedah suka mengajar n share ilmu even xla brape pandai sgt kan katanyaa.....!hahaha...cuma Bedah cuba untuk explore lagi apa yg mampu Bedah wat...adakah setakat ini saja or bleh di EXPAND lagi kebolehan n bakat 2 mcm badan atlet gimnas negara 2 kan...!!meliuk lentoookkkkkk!!suka abang2 kita menengok body dorg 2...heh!


Honestly,Bedah masih mencari dimana hala tuju Bedah...Bedah takut sebenarnya nak menapak setiap hari..Bedah takut kalau Bedah silap langkah,macam mana nak patah balik..dah la badan ni gebu!hhuuu...tapi 2 la kelemahan Bedah,cepat takut sebelum mencuba sesuatu perkara...Bedah terlampau pikir yg bukan2...maybe kenangan lama watkan Bedah jadi cenggini..sobb,...sobb..!!cam lagu feberet Bedah bila pegi karokss... 'terkapar-kapar ku kelemasan......takut dilambung ombak..wawawaaaaa...syahdu!!'



aaaarrgghhh!!merepek lagi,actually,....apa yg Bedah cuba nak share ialah jangan sekali2 kita takut untuk mencuba sesuatu perkara..kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai...!tengok cam Bedah,umah i kat Penang tuh atas laut hokeh!!! xcaya??????????? p tanya org Penang nuh,..! there are a few tips i wanna share with u guys... :



1) percaya dengan diri sendiri!!alah...cam lagu AF tuh... ''percaya pada diri,dengan harapan dan keyakinan...''!yeaahhh!!(1,2,3,4,....5,6,7,8! sambil kira step tarian AF)




2) jangan sesekali takut untuk mencuba sesuatu yg baru & baik serta membawa kebaikan!!! 
kang uuollss kata
 ''Bedah sughuh cuba mende baru macam isap rokok,kami cuba la..''
-dialog adik-adik umo 6 tahun ke bawah! 
memang aku cepokkkkkk sesekor kang!!  






3) mesti berani terima segala kemungkinan walaupun pahit bak PERIA..!!hahaaa...xkisah la kan walaupun at the end of the story 2 uuollss gagal nak achieve sumthin tapi kesungguhan 2 yg kita nak....!!likeee!!








''meh sini nek ciom sket..!bagi hilang pahit 2 ha....!nampak bibir nek ni?mcm angelina juling giteeuw!''




4) percaya pada Allah sebab segalanya berada dalam tanganNya...
bak kata pepatah..''kita cuma mampu merancang tapi ALLAH juga yg tentukan...''











so,apa lagi........................tepuk dada,tanya la selera uuollss nak makan VICTORIA STATION ke or HumBLe CheF?????!!!!!ceeeppaaaatttt!!!!Bedah dah lapor nihh...!!errkkk....tetibe!








XOXO~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday 17 June 2013

otak-otak restaurant!

salam uuollss...sorry2...!! Bedah xdpt mengupload segala info psl diri Bedah yg gegebusssssssssssss ni...haaaa...ok, Bedah sebenarnya nak upload gambar psl 1 restaurant yg dh jadi fav place Bedah utk lepak & makan2...maybe bleh dijadikan venue pilihan uollss nak lunch....sebab2 Bedah suka sgt tempat ni ialahhh..:

1) interior deco yg sgt ohsem & mengembalikan nostalgia lama..giteeuww!
2) alunan muzik dari tahun 1940 an ~ 1960 an...semua jenis lagu da tau...! cina,hindi,lagu P.Ramlee,R.Azmi..just name it...!!huhuu
3) makanan yg juga nice & deliciousssssss...!! Bedah sgt pentingkan benda ni sebabpd Bedah xkisah mahal asalkan makanannya sedap dan berbaloi dgn bayaran yg dikenakan...
4) service yg sungguhhhh cepat & pantas...!!dah byk kali Bedah ke sini dan walaupun ramai org pd masa2 tertentu,tapi makanan yg kita order 2 xkan sampai lambat di meja kita..within 15 mins mesti dah bley NGAP makanan2 yg lazat 2....
5) ada 'play time area' dan paling best kita bleh main permainan 2 semua while waiting for the foodssss....permainan yg disediakan pula semuanya permainan lama ok..no play station dan sebagainya.........

so,apa tunggu lagi...!!jom makannn!!





jom la singgah...!!


menu pilihan hari ni.... =)

ha...ko mampu..!!!da basikal kat atas kepala uuollsss ok..!!





ni semua decorations yg da dalam kedai ni.....sangat2 cantik..!!




ni pula bahagian dapur....


so,sapa2 nak order or pk nak wat party,bleh la call....!!!


ni pula kat bahagian kaunter.....




nampak 2..??gigihnya bambam Bedah pose main congkak...!!walaupun dia xpandai main congkak..!!kakakakakaakaaaaaa.....!!!!!


ni plak ada cerita disebalik peristiwa makan2...
Bedah tertumpahkan air float yg Bedah order 2..tetiba, Supervisor restaurant 2 bagi lagi satu air float...GANTI katanya....!!!!!!!sebab sebelum 2 Bedah minta permission untuk amik pic kat kedai 2 untuk masukkan dalam blog..waaahhh!!!bestnyaaaaaaaaa dpt flaot freeeeee....!!

ni makanan yg Bedah order...sedap juga nasi goreng ni..nice!

ni la fav Bedah...!!!otak2...!!!!memang sedap,delicious ok..!!
isi ikan pulak banyak dan besar2 yerr....sedap dan bila dorg hidangkan pd kita masih lagi panas2..!!memang terbaik...dihidangkan pula dalam SIA....or org Key ell selalu sebut mangkuk tingkat giteuuw!



nampak x 2.???terliur x..????bismillah...!

2 diaaa....akak waitress 2 sedang siap sedia nak lap air float 2 yg tumpah...huhuuuu...


TARAAAA......!!!!!!!!!!dari 1 jadi 2 then jadi 3...!!!!kakakakakakaaaaaa....
memang terangkat...!!!








XOXO~~~~~~~~

opss..!!lupa plak nak inform venue ni....Restaurant Otak-otak ni terletak di Tropicana City Mall,tingkat 2....!!jom la makannn!!!!