menarik nih!jom klik...!

Friday 12 July 2013

Kerana juadah itu...Bedah terkena....


CIRIT-BIRIT!!!!!!!!

hai uuolls... semalam pe juadah uuolls? Mesti penuh satu meja tu.. huhu.. Makan tu makan juga, tapi tetap kena jaga dan pantau ok.. Jangan sampai membazir... Semalam Bedah berkesempatan ke Bazar Ramadan... Banyak sungguh juadah sampai rambang mata jadinya. Memang tak menang tangan la peniaga-peniaga melayan customer yg datang kan..


haaa...nampak tu? panjang bebenor Bazarnya..


mak ai... segala mak nenek kuih ada kat Bazar Ramadan...
 tengok pakcik sebelah kiri tu, macam terkejut pun ada sebab banyak sangat kuihnya..huhuuu


senyum sampai telinga abg tu membakorkan diri..hahahahaa

ALKISAHNYA...Bedah semalam juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang menjadi pilihan hatiku giteuww... Memang tu makanan peberet Bedah dari kecil lagi... Awalnya nak makan mee goreng je tapi sumanya i xberkenan di perut, huhuu..makanya Nasi kerabu la jadi sasaranku..! kikikiii...


nasi kerabu! 
Lazat kan...!!
Memangggggggggggggggggggggg lazatt!!

Masa nak bangun sahur, Bedah tak masak.. Sebab Malas lagi..! haha... so, Bedah cuma makan honey star dan susu. Pastu roti sekeping. Masa nilah drama bermula..!! Bila mana asyik nak ke tandas je.. Sampaila Bedah bertapa di tandas...!! Aiyoooooo. Sakitnya perutku sebab memulas-mulas cirit-birit. 
ITULAHHHH perkara yang paling Bedah tak suka..!! 


Bila dah jadi mcm adik kat atas ni, apa pun dah tak boleh nak buat... Semuanya tergendala kerana menahan sakit perut. Aduh, Tuhan je tahu peritnya bila kena cirit-birit. Bedah suka pergi Bazar Ramadan. Sebab pelbagai juadah yang kita kadangkala tak tahu buat atau teringin nak makan, ada tersedia di sana, Cuma sikit je pesanan Bedah pada peniaga, tolonglah jaga kebersihan. Perkara ini perlulah diutamakan setiap kali nak berniaga. Bedah selalu suka mengingatkan peniaga-peniaga makanan terutamanya bila kita nak masak tu, cuba masak macam dirumah. Macam mana kita nak bagi anak, suami makan, macam tu jugalah kita masak pada pelanggan yang datang membeli. Bila kita masak utk keluarga, pandai pula kita ni menjaga kebersihan. Tapi bila nak menjual atau meniaga, perkara-perkara ini jadi macam enteng dan dipandang sebelah mata.
Kecewa Bedah pada segelintir peniaga. Tidak la suma berkelakuan macam tu, ada yang bagus dan menjaga kebersihan.. tapi macam pepatah lama kata, 'sebab nila setitik, rosak susu sebelanga'. huhuuu... Letop!! So, apa kata uuolls pun tingkatkan kebersihan? Mesti ramai serbu gerai uuolls tauuuu...

Errrkkk......!! dia dah berbunyi lagi.....!! Ok la uuollsss, nak pergi bertapa balik kat tandas...!!!

XOXO~~~

No comments: