menarik nih!jom klik...!

Wednesday 10 July 2013

mimpi..! Boleh pergi jauh-jauh tak..??!!

Pagi ini seperti biasa aku excited untuk bersahur. Aku dah set alarm jam 4 sebab aku nak bangun dan sahur. Tapi bila bangun sahur tu dikejutkan dengan MIMPI yang pada aku memang xsesuaaizzz sangat untuk bulan Ramadan ni. Itulah yang Allah beri pada aku, mana mungkin aku menidakkan kuasaNya..

Kringg!!Kringgg....!!

Mama : Bila kak nak balik..?
Aku : Nanti balik la.. 
(dengan berat hati, masih memikirkan kerja yang bertimbun di kota lumpur)

Mama : Takut tak dan nanti. Depa tak telepon ka? Sms...?
Aku : tak dak pun. Senyap ja.
Mama : Ok la. Kalau kakak dan, balik la..Takut tak sempat.
Aku : Urmm.. Ok. Bye ma... (perasaan mula bercampur baur)


Setelah seminggu... Hp berbunyi lagi...

Mama : Kalau hang rasa hang anak aku, hang balik la ni jugakk...!!!! (menjerit)
Aku : awat ma?
Mama : BALIK SEKARANG!!!!

hari itu juga, aku terus balik dgn flight. Yup! dalam hati aku hanya nak cepat saja.. Masa tiba di airport, mama dan adik ambil aku. Adik menangis. Mama, diam. Bisu seribu kata. Hishh!! Tak betah aku berlamaan dalam keadaan begini. Fikirku, adik bergaduh dengan mama.. Hening itu kemudiannya dipecahkan dengan suara serak mama...

Mama : Abah dah bahagikan semua harta pusaka.
Aku : (tertanya-tanya maksud ayat mama tu) Err... kak tak paham.
Mama : Abah dah meninggal.
Adik makin kuat sendu tangisnya....


Aku bagaikan disedut ke dalam lubang masa seperti berada di dalam Vakum. Ya..!! 
Itulah MIMPI yang sangat-sangat ngeri dan telah menghantui aku selama 5 tahun ini. Ini kali ke 2 aku mimpi seperti ini dan aku BENCI mimpi nih..!!
Sudah berkali-kali aku bilang BENCI..!! Tapi tetap mimpi ini yang menerjah masuk ke ruang bawah sedar aku... aku seakan berada dalam alam separuh sedar dan ia seakan nyata dalam benakku..




Aku cepat-cepat lari dari mimpi hiba itu.. Dengan keadaan yang lenjun kerna peluh seram dan tangisku dalam separa sedar, aku bangun dan terus beristighfar... Astaghfirullah... Ianya hanya mainan tidur....



Apa ini semua....??! Kedengaran seperti melenting bukan? 
Tak... seperti yang aku nyatakan tadi, siapalah aku untuk menyoal kuasaNya.
Rutin yang selalu aku set dalam minda aku, positif!!



Allah menguji aku dengan memberi mimpi ini... Hidangan lenaku di Bulan Ramadan... Apa sahaja tafsiran dan fikiran waras kalian pada aku, aku hargai... Kerna sebagai hambaNya yang hina, aku sering ALPA....!!
Oh Tuhan, jika inilah halangan dariMu, insha Allah, berkat dariMu Ya Rabb, akan aku lalui...
Tunjukkanlah aku jalan yang benar, yang Engkau Redhai... Pimpinlah aku ke jalan lurusMu...
Subhanallah, Maha Suci Allah...
Bukan niatku untuk membuka pekung diriku, hanya untuk meluahkan rasa sesama manusia..... 
Mohon maaf jika ada yang terguris perasaan dgn entry ini.... Sekadar luahan rasa....

Salam Ramadan......

No comments: