menarik nih!jom klik...!

Monday, 3 February 2014

salam rindu buat abah tercinta...

salam bloggers..
salam tahun baru...
Bedah mulakan tahun ni dengan berita yang paling mendukacitakan dalam hidup Bedah.. Bedah tak mampu untuk ungkap perkataan yang boleh menggambarkan perasaan Bedah apabila perkara ini berlaku.. Bedah kehilangan ayahanda tercinta buat selama-lamanya..... Bedah ambik masa yang lama nak tulis entry ni coz i need time and space to recover...depan org, Bedah buat2 xda apa2..but actually,deep inside my heart hanya Allah saja yang tahu,...


ya...memang bukan mudah untuk Bedah lupakan segala yang telah berlaku bulan lepas... Let me share with u guys apa yang terjadi sejak beberapa minggu sebelum abah Bedah kembali ke rahmatullah...

Bedah da presentation untuk final paper for my final project.. Lepas dugaan dalam pengajian, Bedah rasa perit sangat dah masa tu sampaikan Bedah nak quit studi sebab Bedah dah frust dengan segala kerenah dorg yang ntah apa2 tu...plus Bedah tak da sapa2 nak guide Bedah untuk final project, buatkan presentation Bedah jadi lagi horror dan pilu! Bedah boleh katakan birthday Bedah tahun ni adalah nightmare yang paling Bedah benci sekali sebab Bedah kena present masa birthday Bedah...!!! But thank god, there are a few people yang sentiasa membantu Bedah dalam waktu sukar... My lecturers are very supportive,(u know who u are,sir) =), my sis (Ija Rased), my friends, sistas, famili esp my mom n my sis...

Sebelum presentation tu, Bedah dah dapat sign yang pada mulanya Bedah ingatkan takda apa2 yang serius which is mata kiri Bedah asyik berkelip tak brenti.. I thought sebab lemak dah makin tebal dalam badan sampaikan mata asyik tarik je....(hahaha...bangang punya anggapan), but anyway Bedah pikir balik maybe because I am too stress and tired so tubuh badan Bedah mengalami perubahan yang drastik.. Tapi hati kecil tetap terdetik perkara yang tak baik akan berlaku dalam famili Bedah...

Masa tengah busy di KL, Bedah langsung tak call abah... Yup! Gelarkanlah Bedah anak derhaka sekalipun, Bedah memang takda call abah dalam waktu busy dgn class n work... Tapi Bedah sentiasa doakan abah dan ingat abah... Mama selalu cakap suruh call dan balik jenguk abah...Tapi mulut Bedah selalu kata 'nantilah','tengoklah'..... BTW, since last 5 years abah stay dengan anak2 yang lain coz my famili adalah dari poligami...

Bedah punyalah tension dan give up sampaikan Bedah kena present 3 kali berturut-turut sebab dekan tak puas hati dengan hasil yang ditunjukkan... Sampaikan ke tarikh terakhir presentation (9 JANUARI 14), Bedah kena present lagi..!! Alhamdulillah, everythin went well dgn bantuan seseorang... (p/s: thank you sir once again for ur help that evening!I won't forget that!!)....

Petang tu Bedah dapat mesej from my sis yang sangat-sangat merentap jiwa dan sanubari...

''abah tenat.dah xble berjalan.dia bercakap pun kami dah xfaham.
harap adik2 ble dtg tengok abah.
dia rindu kat anak2.
apapun salah abah,dia tetap abah kita.
byk dosa kita dengan abah yg kita xperasan.
masa ni lah kita nak mintak ampun dgn abah''




Masa ni, Bedah dah macam cacing kepanasan sebab Bedah tak tau setakat mana condition abah yang sampaikan kakak2 Bedah cakap abah tenat...Maybe abah betul2 tenat atau masih stabil keadaannya.. So, Bedah call adik Bedah untuk tanya kesahihan and she said yes....She wanna talked with abah tapi masa tu kakak Bedah masih di opis..Dia kata malam nanti bleh cakap dgn abah..So,kami dua beradik masih bersabar sampai ke malam.. My lil sis pun xdpt balik lagi sebab dia da exam sampai ke isnin next week..

Bila malam..ni pula mesej yang Bedah dapat dari lil sis...

''adik baru lepas cakap dgn abah....
kak boleh call kak chaq dak?
abah nak sembang dengan kakak''

Hati Bedah tak tenang terus call my lil sis....Sambil dia menangis teresak-esak, Bedah cekalkan hati dan cuba calm down dan buat mcm cool ja, adik cakap percakapan abah dah merapu,tak faham butir perkataannya,dia bercakap mcm org bisu cuba bercakap. Bedah relax lagi dan cuba pujuk hati adik.... Bila Bedah call abah pula, Bedah dengar ja suara abah, hati dah mula berbunga-bunga...Sebab abah masih boleh bercakap satu-satu perkataan...Tapi lepas tu, bila da ayat panjang dia nk ckp, Bedah dah tak faham... Ya ALLAH, masa tu hati Bedah remuk macam kena langgar dengan trailer...SUMPAH!! Ini yang Bedah katakan pada abah...

  ''abah tunggu kakak dengan adik balik na.....adik dan kakak exam lagi sampai hari isnin, abah kuat na abah.....tunggu sampai kami balik tengok abah....kakak sayang abah sangat-sangat...kakak mintak ampun bah....''

cukup ayat tu Bedah akhiri sampai situ sebab tak mampu lagi menanggung perit dan tangis yang tak brenti langsung...Bedah tak mau abah dengar dan susah hati..Tak Mau..!! Bedah buat keputusan nak balik malam tu jugak tapi memikirkan adik yg masih da 2 je paper lagi sampai hari isnin, Bedah gagahkan juga tunggu.. kesian dia sorg2 disini... So, tunggu.. penantian yang menyeksakan... Dalam hati Bedah tak brenti berdoa agar Allah berikan kami peluang untuk berjumpa dengan abah,.. 'Abah, tunggu....'

Sampai ke hari Isnin,adik habis paper..! nak balik juga petang tu tapi da lagi halangan bila hujan lebat teramat sangat sampaikan kami tak berani nak balik petang Isnin tu... Sabar lagi... Bedah buat keputusan nak balik esok pagi,gerak jam 6pagi.. Malam tu kami tidur sampai masing2 tak sedar,.. Bedah terdengar bunyi jam 5 pagi dan terus siap2 nak gerak...Adik Bedah kata kakak dan mama called jam 2 pagi... Ahh! Kenapa pulakkkk...!! YA ALLAH, sekali lagi aku mohon,janganlah ada apa2 yang buruk berlaku.. Abah masuk hospital..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perjalanan bermula jam 6 pagi dan akhirnya kami tiba jam 10 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani... Masuk saja ke wad yang menempatkan abah disitu, hati Bedah tenang,... Syukur sebab abah masih disitu setia menunggu kami, anak-anaknya.... Bedah terus berbisik di telinga abah memaklumkan kedatangan kami.. air mata abah menitik.. hati Bedah juga menangis..





Bedah dan adik bergilir-gilir membaca Yassin untuk abah... Kami mohon agar kesakitan abah dikurangkan dan abah cepat-cepat sedar,..... Pilu hati hanya Dia yang Maha Tahu... Hari Selasa (14 JANUARI 2014), semua adik-beradik yang dekat mahupun jauh dah mula dimaklumkan tentang abah... Akhirnya,hari ini Mama dan Abah berjumpa semula sekali lagi... Tapi perjumpaan itu, hanyalah pertentangan mata sebelah pihak, abah dah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital... Bedah tau mama sebak... Bedah tau mama hiba tapi dipendamkan rasa itu demi kami dua beradik... Dia mahu dilihat kuat, dia mahu dilihat 'HERO' pada Bedah dan adik... Betapa beruntungnya kami dapat ibu seperti Mama...

Hampir semua ahli keluarga sebelah abah dah sampai dan menziarahi abah... Alhamdulillah... Bedah dan adik bertekad nak menjaga abah di hospital malam ni hinggalah malam yang berikutnya sampai abah sedar.. Itu janji kami dua beradik.. Petang tu, Dr ada memaklumkan yang abah tiada memberi apa2 respon pada ubat yang diberikan jadi mereka akan mencuba memberi ubat dengan dos yang paling banyak. Jika abah masih belum memberi respon dan denyutan nadinya makin menurun, pihak hospital tidak mampu berbuat apa2.. Mama cuba mengajar abah mengucap dan berbisik di telinganya.. Bila mama usap2 badan abah, abah buka mata.. Oh Tuhan, memang riang sgt hati Bedah masa tu.. Tapi sekejap saja... Petang tu juga Dr memberikan dos yang terakhir pada abah, ini bermakna jika dos ini habis maka abah tidak lagi bergantung pada ubat... Dan ini bermakna peluang abah untuk hidup hanya 30-70..

Malam tu, Bedah dan adik bergilir-gilir membaca Yassin dan berjaga.. Lepas Bedah, Adik pula sambil tak lekang mengajar abah mengucap.. Adik minta nurse menukar bed sheet abah tengah malam tu sebab da semut hitam banyak di katil sebab kesan2 darah dari tangan abah melekat di bed sheet tu.. So, malam tu nurse pun tukarkan bed sheet abah... Abah ada memberi RESPON! Syukur!! Abah batuk sampai badan dan kakinya bergerak2 sebab kesan batuk tu.. Sekali lagi abah buka mata. Itupun sekejap saja dan kemudian ditutupnya semula macam petang tadi..Sepanjang pagi hingga ke petang semalam, abah langsung tak sedarkan diri..

Jadi, kami pun bersembang dengan abah.. Bedah adik dan ditemani kakak Bedah.. Jam 6 pagi (15 JANUARI 2014) Bedah dah tak mampu nak menahan mata ni, Bedah perlu rehatkan diri.. Masa ni kakak Bedah pula yang temankan abah...  Bedah dan adik pula rehatkan badan sekejap.. Tepat jam 8pagi, kakak Bedah menjerit sambil kejutkan kami, katanya abah dan sedarkan diri..!! Bedah terus berbisik di telinga abah sambil memohon ampun dan maaf, Bedah katakan yang Bedah sangat2 sayangkan abah dan tak mahu kehilangan abah... Bedah minta abah kuat untuk kami semua..!!!!!!! Abah mengangguk tanda mendengar mungkin! Abah menangis..... Bedah juga menangis....!!!!

Keadaan makin panik bila denyutan nadi abah dah makin menurun..sangat2 rendah..!! Yang ada masa ini hanyalah Bedah, adik dan kak chaq menemani abah... Kak chaq minta adik tengokkan mesin denyutan nadi abah, Bedah pula setia berbisik di telinga abah sambil mengajar mengucap, Kak chaq bersedia memanggil Dr jika berlaku apa2 kemungkinan pada abah.. Kami dah tak mampu menahan air mata dari mengalir,deras! Oh Tuhan, jika ini masanya, Kau ambillah abah tanpa menyakitinya walau sebesar zarah Ya Allah.... TIBA-TIBA nadi abah 0...!! Ya ALLAH, adik menjerit sambil kak chaq berlari pergi mendapatkan Dr, Bedah tak henti-henti mengucap di telinga abah.. Dengan sekelip mata, abah membukakan matanya semula dan dengan tiba-tiba nafas abah terhenti... . . . .       . . .  Bunyi mesin 'TITTTT........' membuatkan Bedah terus lembut lutut dan hampir-hampir tak mampu untuk berdiri!!!!!!!!!!!! 

INNALILLAH.....

Abah dah tak ada...
Ya..
Abah dah pergi...
Pergi buat selama-lamanya....

Tepat jam 11.05 pagi, 15 Januari 2014, abah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya...
Abah pergi menghadap Illahi....
Abah disemadikan di Tanah Perkuburan Al Bukhary Alor Setar, Kedah...
Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya...


Moga Abah tenang di sana,..
Kakak sayang dan rindukan abah sangat-sangat...





2 comments:

Ija Rased said...

tak sempat untuk menulis pasal abah. moga arwah abah di tempatkan bersama para solehin. teruskan perjuanganmu dik. tak kira sesusah mana pun. kau mesti cekal hadapinya. kerana inilah kehidupan.

bedah gebu said...

=)
baru tau kehidupan sebenar itu perit....