menarik nih!jom klik...!

Tuesday, 8 April 2014

cerita hati

hai..
malam ni aku kongsi rasa hati..
Aku tak mampu tanggung sendiri...


Mungkin,
bukan aku saja merasa..
perasaan ini terhimpit..
antara dua jiwa..
yang tak mampu dicerita..
mulut terkunci dibiar saja..


ya,
Aku tau dia juga merasa..
seperti mana dia.
Cuma masing-masing punya ego
yang menggunung di jiwa..



Kadang,
Aku cuba kuatkan cita,
untuk berkata perkara yang benar belaka,
apa yang terpahat,
berbulan lamanya...
tapi,
tiap kali waktu itu tiba,
Aku tak mampu mengucapkannya..
Hanya hati berkata sendiri..
Sendiri...



Mula menyalahkan diri..
Kerna masih bersama lagi...
Walau menyedari,
Cinta tiada lagi..
hanya sayang dan kasihan mendepa kini...




Haih.
Seperti pelakon di dalam drama...
Yang kita tonton lakonannya..
Ada yang bagus dan ada yang lara.
Bukan pada luaran tetapi pembawakan wataknya.
Akulah yang lara.



Susah untuk berbicara.
dan inilah perkara yang paling aku benci.
Kalaulah ia semudah menelan nasi.
Haih.


Mungkin belum tiba masanya...
Saat untuk bercerita secara lisan.
Biar aku dahulukan apa yang perlu..
Sabar..
Tuhan bersamaku...
Kerna aku tahu Tuhan sayangkan kami..
Ya, kami yang selalu alpa.
Tenggelam di dalam duniawi...



Hanya beberapa hari lagi,
Cinta disulam bertahun terbukti nanti...
enam tahun cinta bersemi..
mampukah ia disambut lagi...?





8 April 2014-Selasa-

1 comment:

Ija Rased said...

letakkan cinta kerana allah swt..kerana janji allah itu pasti benar.