menarik nih!jom klik...!

Monday 10 December 2012

jodoh..

selamat malam semua...
urmm..Bedah agak busy sikit dgn hal2 peribadi yg perlu Bedah uruskan sebab 2 la Bedah senyap je dua tiga hari ni....rindu membuak-buak Bedah pada bloggers dan yg membaca blog Bedah...pelok ciommmm sikittt...muuaahhh!!!!hahahaa....

Entah apa yg Bedah fikir..Bedah sebenarnya sedih dengan sikap segelintir lelaki yg macam tak tau nak menghargai apa yg mereka miliki...dah hilang atau terlepas dari genggaman, baru nak menyesal tertonggeng...!

Bedah dah jumpa macam2 jenis lelaki dan ada yg baik, ada juga yg jahat..2 Bedah tak boleh nafikan,..sama juga macam wanita, ada yg baik budi pekertinya, ada yang pantang nampak lelaki poket lebat..mau dikikis sampai botak lelaki 2...huhuuu.. bila Bedah dah setia dan jujur yg teramat sangat, lelaki 2 pula memainkan hati dan perasaan Bedah yg gebu ni..huhuuu...

Sayang2ku....
Manusia ini adalah ciptaan Allah yg paling sempurna...tiada langsung cacat cela pada setiap ciptaan yg Allah hasilkan...dan segala apa yg terjadi kepada setiap manusia telah ditentukan oleh Allah sejak dari Luh Mahfuz lagi....tetapi sebagai manusia yg dibekalkan dengan akal, kita tak boleh sekadar berserah dan langsung tidak berusaha atau berikhtiar dalam melakukan apa sahaja di dalam hidup kita...kita masih perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah dalam segala hal..terutama sekali dalam hal jodoh...

gambar hiasan


Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا
(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.



yer,..betulll.....jodoh,ajal,maut semuanya dalam tangan Allah....tapi macam yg Bedah kata tadi..kita tak boleh la sekadar duduk rumah, goyang kaki, makan popcorn sambil tengok tv pastu tetiba ada orang ketuk pintu dan kata ''hai,sayalah jodoh awak.jom kita kahwin!!'' hahahaaa...

gambar hiasan

kalau la sesenang 2 Allah bagi kita semua jodoh, Bedah pun nak duduk rumah sambil goyang kaki..tunggu la jodoh Bedah...hahhahaa....


Uoollss kena berusaha untuk mencari pasangan dan kalau niat kita betul nak mencari jodoh kerana ALLAH, Allah akan mudahkan jalan kita..yang penting,kita kena redha, percaya pada qada dan qadar Allah dan sentiasa berusaha dan bertawakal..sebab mencari pasangan hidup bukanlah sesenang 1 2 3!!tadaaa.....!!jodoh ada depan mata...huuuuhuu...jangan berhenti mencari pasangan yang terbaik buat diri uoollss... ingatan utk diri Bedah juga yang masih mencari jodoh ni..hehehehee.....ok la,nite...!!XOXO...!!

gambar hiasan

No comments: