menarik nih!jom klik...!

Monday 24 June 2013

lelaki VS wanita

pepetang cenggini, entry Bedah agak menusuk qalbu sket pada sang arjuna. Maaf bukan da niat apa2 cuma cam biasa, ni la tempat Bedah luahkan rasa ekk..so, arjuna yang ensem, macho 2 if uols baca entry ni, jgn plak banned trus blog Bedah Gebu nih. Ia hanyalah luahan perasaan dan tiada niat nak menjatuhkan maruah uolss yang teruna. Kami masih perlukan sang arjuna di dalam hati kami..wahhhhh!!!ayattttt!!pengsan 2 saat..! = p

Bedah faham satu saja tentang lelaki iaitu mudah! Dalam erti kata lain, lelaki mudah untuk melakukan segalanya. Pada lelaki, semua yang dilakukan akan jadi lebih mudah dan cepat serta pantas kalau insan yang bernama LELAKI yang buat. Eh? helloo...!!!! kang kalau aku kata lelebih, sentapppp sampai ke pankreas pulak.. tapi kadangkala, tak salah kalau kita menerima teguran & nasihat dari insan yang berlawanan jantinanya... tak gitteuww! cewahh..!!

hahaaa... Bedah ni nak kata sedih, ada juga.. Sentap? selalu...Meluat?? apatah lagi dengan sikap lelaki yang langsung tak pedulikan perasaan wanita. Bedah tabik spring pada lelaki yang mampu memahami kehendak dan naluri wanita, pd lelaki TULEN seyhja ok..! yang separuh-separuh tu, Bedah mengerti apa uuollss rasa..hikhikhik...! kita kan sekapal dik non!!

Kalau bercakap, cubalah fikir dulu dan jangan terus menonong je cakap macam tak ada filter kat mulut tuh! Bukannya uuooollss wat show Monolog...!! Bila dah da pasangan, mesti jalan cerita tu jadi Sandiwara pastu Monodrama. Lepas kahwin, jadi Teater Moden! Ada anak pulak, jadi cerita Teater Kanak-Kanak..sesuai sangat sebab cerita mestilah bawah 18 SX sebab ada nak kecik la katakan... Lepas satu fasa, barulaaaahhh timbul pula Teater Eksperimen... banyak konsep & bentuk persembahan dalam hubungan tuh..! hah! amik kau....Bedah bagi istilah dan jalan cerita dunia teater. Nampak tak berapa handalnya Bedah mengaplikasikan segala ilmu di dalam entry nih..heuw....! 


Bedah ambil contoh cerita cinta bersiri Bedah nih..hahaha......I pun bukannya baik sangat sebab Terkadang tu TERbabas ayat bila bercakap dgn pasangan tapiiiiiii.... dah tau diri tu salah, sedaya upaya Bedah buat untuk mohon maaf, sebab Bedah pegang prinsip disiplin teater SEDAR RUANG & PASANGAN LAKON ANDA. Uuuollls jangan pikir dalam dunia pentas saja berlakon, kita SEMUA ini adalah PELAKON dalam alam realiti hidup kita.... Uuuollss sebenarnya yang menjadi Penulis, Pengarah & Pelakon Pentas hidup sendiri..! Fikir,fikir,fikir dan fikir dulu sebelum nak bercakap sebab bila dah cakap tak boleh nak patah balik.. bukannya macam naik kolek/sampan, bleh nak patah balik ke darat tuh..! Bila kita bercakap dan mengguris perasaan org, tak ke kita dah menambah dosa dgn hambaNya yang lain. Susah yer uuolls kalau kita buat salah dgn manusia dan tak minta maaf dgn org tu, buat naya dia meninggal sebelum dia sempat maafkan kita, mcm mana??? ?Dgn sapa lagi kita nak minta maaf?? kann???

Perempuan bukannya minta emas permata dari lelaki.. (kalau nak bagi,we ollss xda hal) kikikii..but that is not the main point darling... Perempuan/Wanita/Dara/Mak Janda/Ibu/Isteri/Umi/Mummy atau apa saja gelaran yang diberikan lelaki kepada we olllsss, kami hanya nakkan perhatian. Perhatian, kasih sayang akan SELALUNYA membahagiakan pasangan uuollss.. kalau ada muka ala2 Remy Ishak ke Tom Cruis ke Robert Pattison pun, kalau xda adab sopan & hormat we ollss yang gorgesss ni, xguna juga tau..!! 

Meh kita ambil contoh kes ni... Kenapa anak melayu kita sukakan lelaki omputeh or black guy..???sebab LAYANAN yang diberikan.... Nope!!bukan sex!! tapi penghormatan yang diberikan sangat-sangat menggunung kepada wanita.... Bukanlah lelaki melayu ni tak handsome, tak masyuk, tak hot or apa2 jer lah kan tapi uuollss LEMAH dari segi yang Bedah asyik ulang dari tadi...LAYANAN....!! Bukannya semua tak bagus tapi SEGELINTIRNYA sahaja.... tak perlu selalu bawak pergi restoran berpusing kat menara kl tu kalau gaji uuolls xseberapa, perempuan tak mintak pun beli beg GUCCI selang dua bulan walaupun uuollss mampu, tak payah beli eskrem Baskin Robbins tiap-tiap kali keluar tgk wayang, dpt makan eskrem McD pun dah ok sebenarnyaaaa!! 2 pun senyum cam kambing dah ha...

Perempuan akan rasa dihargai dgn cara antaranya uuolls bukakan pintu bila masuk kereta, dahulukan dia bila berjalan, tanya pendapat dia, pegang tangannya, belai rambutnya..pandang dia dgn sejujurnya...bercakap elok dgnnya, bukannya dgn guna intonasi yang ganas konon2 cm abg badan ketak2 tuh..!hey uuollss,abg body builder 2 pun suara dia lentok bila ckp dgn isteri diorg tau..! tu je we oolsss minta..! senang kan..??mudah pun sebenarnya...tak payah bayor pun nak wat semua tu... 

Kalau uuolls lebih dari berkemampuan, belilah apa je yang uuolls nak beli pd pasangan.. Maybe terdetik di hati nak beli handbag,ha.. kalau mampu, beli la..kalau tak, bawak je dia gi pasar malam tiap-tiap hari Sabtu. apa susah kan? kadang-kadang tu kalau keluar dating, tanya la dia nak tgk movie apa pulak..bukannya tiap-tiap kali keluar, layan movie pilihan uuollss je..! baik uuols keluar sendiri, xpayah berteman! paham...?! hormati keputusannya.... kalau uuolls rasa xbetul atau uuolls nampak akan da kelemahan/perkara yang buruk akan berlaku kerana tindakan pasangan uuolls, terangkan pada dia sebaiknya, seikhlas mungkin...tak perlu menjatuhkan semangatnya..We oolss paham lah! bukannya we olss ni lahir zaman Firaun dulu sampai tak paham apa satu pun.. Terangkan consequences yang akan menimpa we olss yang lemah lagi tak bermaya nih (huhuuu...), mesti we olls paham.. If si dia ada kesungguhan nak buat sesuatu contohnya nak start business ke, jangan perlekehkan dia....suntikkan semangat pd dia...! bagi kata-kata peransang walaupun sebenarnya lepas 3 bulan, si dia dah stop wat biz tuh sebab boring katanya...huhhuuuu....... kalau da gak yang tak paham tu, babap je...!!kikikikiii....


Wanita ni penuh dengan kelemahan & kekurangan sama juga lelaki.. Sebab tulah Allah jadikan hambaNya berpasangan dan sang teruna sebagai pembimbing & khalifah... sebab mula-mula lagi Allah dah tahu yang hambaNya bernama perempuan ini daif lagi pendek akalnya... Janganlah si lelaki bersikap mengalahkan perempuan. Sebab itulah perempuan lebih senang melakukan banyak hal sendiri berbanding meminta pertolongan lelaki sebab rimas bila sering dipandang rendah.... Jangan begitu.... Cubalah menerima pasangan sebaik mungkin... Kalau yer pasangan anda bodoh tentang agama, bimbinglah dia.. Kalau yer dia bangang, (maaf, sedikit kasar) pandaikanlah dia... Tapi bukan dengan menggunakan kekerasan... Ingat tu yer sang tebuan! eh??silap!! TERUNA....heheheheeee...




dah la, Bedah nak prepare untuk berbuka... bye uuolss..!!
to bambam, thank you so much cause still with me...Insha Allah....



yang buruk semuanya datang dari kelemahan Bedah, yang baik semuanya datang dari ALLAH...



XOXO~~~~~

1 comment:

Anonymous said...

nasih terkenang dinner di restoran berpusing..ouchhhhhhhhhhh...zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz