menarik nih!jom klik...!

Thursday 20 June 2013

panas sampai tak boleh tidur gara-gara.....




waahhhhhhh!!panas malam nih! Bedah memang xboleh tidur malam ni..jenuh dipusing ke kiri pastu ke kanan ,memang tak mau lelap jugak!
bukan sebab lapar tapi PANAS.....! bila badan dah panas, mula la hati pulak nak panas,...aiyooo...dah la esok da macam2 perkara nak buat..bila xboleh tidur,mula rasa xsenang hati..
jadi,pukul 4 PAGI ni Bedah dah xtahan,Bedah pun ke toilet dan BERSIRAM!bila keluar je dari bilik, Bedah bleh bau macam asap..eh?da yg terbakor ke pepagi nih?haissshhh...minta simpang...mau aku lari berkemban pepagi buta ni kang..terkezut nanti neighbourhoooooooood i..hahaaa...

bila diamati bak CSI giteuw,baru Bedah perasan yg bau asap ni ialah bau JEREBUUUUUU! 
oh no...! i hate jerebu..!!
pada yg pikir kononnya jerebu tu adalah kabus,salah yer anak murid..!
meh sini kita baca sikit info tentang jerebu yg Bedah ambil dari Portal Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia...maceh!

Apakah Jerebu?




Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu
Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.
Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang 
singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Jerebu, Kabus atau Kabut?
Jerebu sering disalah anggap dengan kabus atau kabut. Pada awal pagi atau selepas turunnya hujan apabila suhu rendah dan kelembapan tinggi, kabus dan kadangkala kabut terbentuk di kawasan lembah dan tanah rendah. Ianya akan hilang perlahan-lahan setelah matahari naik. Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.
Adakah Jerebu Merbahaya?
Jerebu yang berasal daripada sumber semula jadi seperti garam laut dan debu tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif. Semasa episod jerebu, orang awam digesa supaya mengikut arahan / nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Bagaimana Kita Boleh Kurangkan Kejadian Jerebu?
Pertama, hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini. Peningkatan kenderaan bermotor juga merupakan sumber utama zarahan jerebu di bandar. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya. Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah, malah merupakan juga sumber zarah terampai di atmosfera. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai 
peranan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan generasi akan datang.



Apakah Peranan Kerajaan?
Dua agensi pusat yang terlibat secara terus dengan hal-hal berkaitan jerebu ialah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). JMM memonitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca disamping beberapa parameter yang berkaitan dengan kualiti udara ambien. Salah satu parameter yang diukur ialah kepekatan jumlah zarah terampai yang berkaitan secara langsung dengan keamatan jerebu. Parameter cuaca lain seperti ketampakan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin merupakan petunjuk penting dalam memahami fenomena jerebu dan meramal kejadian dan kehilangannya. Aktiviti pemonitoran dan penyelidikan yang dijalankan oleh JMM merupakan sebahagian daripada usaha negara dalam mengawal dan mengurangkan jerebu.
Pencerapan jumlah zarah terampai
Kerjasama rapat dikalangan semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta media massa amat diperlukan semasa episod jerebu bagi memastikan semua data yang diperlukan dalam membuat keputusan diperolehi dan sebarang nasihat dapat disebarkan dengan cepat kepada orang awam. Diperingkat serantau, ASEAN telah memulakan Pelan Kerjasama ASEAN Pengurusan Pencemaran Rentas Sempadan untuk menangani isu-isu seperti jerebu rentas sempadan.
        
VS      




mana satu pilihan uuoollss....?????






XOXO~~~~~~~~






No comments: